Kemas Kini

RAHSIA KOTAK BIRU LAUT (Novel Kanak-Kanak)

Penulis : Peter Augustine Goh

Penerbit : CALIPH READERS

ISBN : 9789811162794

Cetakan : 2020 

Muka Surat : 110

Saiz : 14.5 x 20.5 cm

Nota: Glosari & Soalan-soalan latihan

 

 

Sewaktu cuba mengheret kakinya yang semakin lemah, ada sebuah bungkusan tercicir dari sebuah beg kanvas yang sederahana besarnya yang terselempang di bahunya. Bungkusan itu berupa sebuah kotak biru. Warna biru kotak itu seperti warna biru air laut. Lelaki Melayu itu tidak dapat meneruskan hajatnya. Dia rebah dan tersungkur ke bumi, di atas rumput yang agak tebal di semak itu.

 

“Cepat! Kita tolong dia! Kita harus ambil kotak itu. Mungkin itu amat penting dan diburu lelaki yang dua orang itu. Dua orang lelaki itu mungkin  penjahat. Penunggang yang tercedera itu mungkin mangsa mereka. Cepat!” desis Ismail berani. 

 

“Tapi…tapi bahaya. Dua orang itu semakin dekat!” tegur Nadarajan sambil menelan air liurnya.

 

Apakah yang terkandung dalam kotak biru itu? Dan apakah pula rahsianya? Ikutilah kisah ‘Rahsia Kotak Biru laut’ yang mendebarkan hati ini.

Rahsia Kotak Biru Laut | Novel Kanak-Kanak
9811162794
Quantity
-
+
SGD 13.00 S$
Cart

    Website Created & Hosted by Website.com Website Builder