Kemas Kini

BAYANG-BAYANG YANG HILANG (Kumpulan Cerpen)

Penulis : Peter Augustien Goh 

Penerbit : CALIPH READERS

ISBN: 9789811125980

Cetakan : 2018 

Muka Surat : 148

Saiz : 14.5 x 20.5 cm

Nota: Glosari di akhir setiap cerpen

 

 

 

Peter Augustine Goh atau nama sebenarnya Iskandar Goh menulis dalam pelbagai genre - novel dewasa dan kanak-kanak serta remaja, sajak, cerpen, drama radio dan TV, ulasan buku, ulasan filem dan esei sastera. Sasterawan prolifik Singapura ini telah memenangi banyak anugerah penulisan bagi cerpen, sajak , drama radio dan tv, novel kanak kanak / remaja. Beliau juga telah memenangi Hadiah Pena Emas pada 1995, 1999 dan 2003 untuk cerpen dan sajak

 

Kumpulan cerpen Bayang-Bayang Yang Hilang menghimpunkan 12 buah cerpen. Peter Augustine Goh mengungkap pelbagai tema yang menyentuh persoalan tentang kehidupan manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan.

 

Cerpen-cerpen ini dihasilkan dengan pelbagai teknik dan bentuk seperti aliran bawah sedar dan satira, boleh dijadikan iktibar dan panduan hidup kepada masyarakat. Bayang-Bayang Yang Hilang sesuai dibaca oleh pembaca umum termasuk golongon pelajar semuda 12 tahun dan keatas. Di akhir setiap cerpen , ada disajikan glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan mudah dan mesej yang hendak disampaikan amat jelas dan mudah dihayati. Terdapat juga sajak-sajak puitis yang diserapkan dalam cerpen-cerpennya yang boleh dijadikan pedoman.

 

 

Tiada maknanya sebuah ketakwaan

jika lentera keimanan terpadam

di ruang kerohanian

terlerai manik-manik tasbih pedoman

dari tangan kesetiaan

sudahnya hanya memetik bunga-bunga keresahan

sirna harum kebenaran

malam menukul kesunyian

hingga ke tebing pagi yang bergetaran

ketidaktenteraman tenggelam timbil

disungai kehidupan.

Cukuplah, jangan sampai terus hilang 

dan mati seperti kelekatu

terpedaya oleh cahaya pesona

yang penuh kekeliruan

dan kepalsuan

 

 

 

Bayang-Bayang Yang Hilang | Kumpulan Cerpen
9811125980
Quantity
-
+
SGD 15.00 S$
Cart

    Website Created & Hosted by Website.com Website Builder