top of page

Short Story / Cerpen


​PUSAKA IBU | KUMPULAN CERPEN

  • MAAROF SALLEH

  • 2022

  • ​$13.00​

​

pusaka ibu (cvr) PHOTO-2021-10-27-06-38-42.jpg

Maarof Salleh mempunyai pengalaman panjang sebagai guru selain aktif di bidang khidmat kemasyarakatan. Selain mengajar di pelbagai peringkat (rendah-universiti), beliau berpengalaman sebagai pentadbir dan zamil di ISEAS dan NUS.

Beliau menulis esei di akhbar dan membentang kertas kerja di forum-forum dan luar negeri. Bidang
tulisannya ehwal Islam dan masyarakat Islam.
Kini pesara, beliau lebih menumpu kepada penulisan kreatif, terutama esei, cerpen dan sajak.

 

Karyanya menang beberapa anugerah. Sudah 8 tulisannya yang diterbitkan.

Kumpulan Cerpen PUSAKA IBU menghimpunkan 11 buah cerpen. Ia mengungkap pelbagai tema yang menyentuh persoalan kisah-kisah pengalaman dan kehidupan remaja berhadapan dengan masyarakat di sekitarnya.


Ia membantu pembaca, bukan sahaja para pelajar, bahkan ibu bapa dan orang dewasa, memahami suka-duka dan aspirasi remaja dalam kehidupan harian mereka. Jalinan ini akan tambah mengukuhkan hubungan dalam keluarga dan masyarakat.


Dengan pemakaian bahasa dan olahan cerita yang sesuai dengan tahap penguasaan pembacanya,
cerpen-cerpen dalam kumpulan ini diharap dapat mengekalkan unsur kesegaran merenung dan
berfikir dalam bentuk yang menghiburkan.


​SETANGKAI ANGGERIK UNTUK CIKGU | KUMPULAN CERPEN

  • NAZARIAH NASIR

  • 2022

  • ​$15.00​

​

SAUC.jpg

Kumpulan cerpen Setangkai Anggerik Untuk Cikgu menghimpunkan 12 buah cerpen. Penulis Nazariah Nasir mengungkapkan pelbagai tema yang menyentuh tentang persoalan kehidupan golongan remaja terutamanya.

​

Beliau juga ada menyentuh tentang wira negara seperti Leftenan Adnan dalamcerpen Mimpi Leftenan Adnan dan juga tema sejarah tentang negara Singapura yang pernah dijajahi Jepun dalam cerpennya Syonanto - Cahaya Dari Selatan dan juga tentang asal usul origami dalam cerpen Angsa Kertasku.

​

Ada juga dua buah cerpen yang mengisahkan tentang sikap empati terhadapa golongan warga emas seperti dalam cerpen Kereta Sorong dan Kotak Mak Mah. Cerpen-cerpen ini dihasilkan dengan teknik yang mudah difahami golongan remaja dan masyarakat umumnya. Ianya dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca yang boleh dijadikan panduan dan iktibar.

​

Cerpen-cerpen ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar semuda 12 tahun dan ke atas. Di akhir setiap cerpen, disajikan dengan glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat mudah dan mesej yang hendak disampaikan amat jelas dan mudah dihayati. Terdapat juga sajak dan pantun yang diserapkan dalam cerpen-cerpennya yang boleh dijadikan pedoman.

 

                 Anak ayam bermain rakit,

                      Bermain rakit di tepi kali;

                 Walaupun perjuangan itu pahit,

                      Namun mundur jangan sekali.

​​

                 Mulakan amal dengan niat di hati,

                      Niat dipasang dengan seikhlas hati;

                 Walaupun ditempuh onak dan duri

,                     Perjuangkan negara menjadi cinta yang abadi.

 

TITIK-TITIK HITAM | ANTOLOGI CERPEN

  • PATIMAH JALUDIN

  • 202

  • $15.00

​

Kulit Buku_Titik-Titik Hitam (Antologi Cerpn).jpg

Antologi 'Titik-Titik Hitam' ini menonjolkan kisah-kisah manusia sejagat, daripada yang remaja hinggalah dewasa, tua dan muda yang mengharungi kehidupan setiap hari dengan berbagai masalah dan cabaran, berbagai dugaan dan peristiwa.

 

Dengan menggambarkan di dalam setiap cerpen kisah-kisah yang dilalui insan melalui perjalanan hidup mereka, pembaca dihidangkan dengan tema-tema yang berlaku dalam kehidupan setiap manusia.

​

Kegagalan dalam percintaan, kecewa dalam mengharungi rentak alam rumah tangga, mencuba mengharungi perjalanan dan cita-cita, mengejar kekayaan dan kemewahan dengan cara yang salah, sanggup merobek hati orang-orang yang tidak berdosa dan merana kerana perbuatan dan tindakan terburu-buru.

​

Segalanya ini adalah menjadi pilihan penulis dalam menghasilkan karyanya. 12 cerpen dalam antologi ini dihasilkan sepanjang beberapa tahun mengikut peredaran masa.

​

Semoga apa yang tersurat dan tersirat di dalam setiap kisah yang dilahirkan dalam setiap cerpen, akan menjadi suatu kiasan yang dapat diterima pembaca.


OH BULAN MANA BINTANG | ANTOLOGI CERPEN

  • PATIMAH JALUDIN

  • 2017

  • $15.00
     

0BCE2DB06760CB89.png

Dua-belas buah cerpen yang terkandung dalam 'Antologi “Oh Bulan Mana Bintang' ini adalah kisah-
kisah perjalanan hidup manusia yang berhadapan dengan 
berbagai masalah dan pengalaman. Berkisar dari semua peringkat usia, remaja hinggalah perintis.

 

Semoga apa yang tercoret dalam setiap cerpen ini dapat dijadikan renungan pada pembaca sekalian.

​


WARNA SBUAH RAHSIA | KUMPULAN CERPEN

  • PETER AUGUSTINE GOH

  • 2019

  • $15.00
     

WSR.jpg

Warna Sebuah Rahsia menghimpunkan 10 buah cerpen hasil karya Peter Augustine Goh, penulis prolifik Singapura yang menulis dalam pelbagai genre sastera. Cerpen-cerpen yang dihasilkan antara 2014 dan 2018 ini, mengangkat pelbagai persoalan sejagat. Pelbagai cerita menarik yang
berunsurkan sejarah, satira, kemanusiaan dan psikologi dihidangkan dalam kumpulan ini.

​

Bertunjangkan aliran realisme, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini disentuh dengan begitu berseni dan sarat dengan metafora dan falsafah. Kepintaran penulis menggunakan pelbagai teknik plot serta mengatur plot juga berjaya ‘membelit’ fikiran pembaca, walaupun jalanan ceritanya disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan segar dengan alunan intonasi nostalgik yang mampu mengusik hati dan menyentuh rasa pembaca.


BAYANG-BAYANG YANG HILANG | KUMPULAN CERPEN

  • PETER AUGUSTINE GOH

  • 2019

  • $15.00
     

BBYH_edited.jpg

Kumpulan cerpen Bayang-Bayang Yang Hilang menghimpunkan 12 buah cerpen.

 

Peter Augustine Goh mengungkap pelbagai tema yang menyentuh persoalan tentang kehidupan manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan.

 

Cerpen-cerpen ini dihasilkan dengan pelbagai teknik dan bentuk seperti aliran bawah sedar dan satira, boleh dijadikan iktibar dan panduan hidup kepada masyarakat.

 

Bayang-Bayang Yang Hilang sesuai dibaca oleh pembaca umum termasuk golongon pelajar semuda 12 tahun dan keatas.

 

Di akhir setiap cerpen , ada disajikan glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan mudah dan mesej yang hendak disampaikan amat jelas dan mudah dihayati.

 

Terdapat juga sajak-sajak puitis yang diserapkan dalam cerpen-cerpennya yang boleh dijadikan pedoman.

 

Tiada maknanya sebuah ketakwaan

jika lentera keimanan terpadam

di ruang kerohanian

terlerai manik-manik tasbih pedoman

dari tangan kesetiaan

sudahnya hanya memetik bunga-bunga keresahan

sirna harum kebenaran

malam menukul kesunyian

hingga ke tebing pagi yang bergetaran

ketidaktenteraman tenggelam timbil

disungai kehidupan.

Cukuplah, jangan sampai terus hilang 

dan mati seperti kelekatu

terpedaya oleh cahaya pesona

yang penuh kekeliruan


SENANDUNG ORANG LAMA | KUMPULAN CERPEN

  • ISMAIL WARDI

  • 2017

  • $15.00
     

SOL.png

Terdapat 15 buah cerpen dalam buku ‘SENANDUNG ORANG LAMA.

​

Cerita dalam cerpen ini berkisar tentang kehidupan manusia hari ini.

 

 

Kandungan

  • Hi Bulan

  • Agnes

  • Dialog

  • Zuhud

  • Ikan

  • Di Bawah Kolong

  • 57

  • Tak Seindah Mimpi

  • Mati

  • Dedaun Kering

  • Senandung Orang Lama

  • Tangga

  • Lesen Asmara

  • Bukan Abang Tak Sayang

  • Lembu

​


HP

  • ISHAK LATIFF

  • 2018

  • ​$15.00​

​

HP.jpg

Nabil mencapai telefon bimbit di atas almari cermin di tepi katilnya. Ditenungnya skrin display telefon itu.Kemudian dia menekan butang menu dan terus menekan butang phone book. Nabil terpaku seketika setelah menekan nombor telefon Sarah Syaqila. Dilihatnya nombor telefon yang ter ra. Nombor itulah yang pada suatu ketika dahulu, menjadi nombor yang paling bertuah di dalam hidupnya. Nombor yang membahagiakan hidupnya. Nombor yang akan menghilangkan segala sendu, menenangkan fikiran yang bercelaru dan membawa hilai lucu.

​

Itulah nombor telefon bimbit Sarah Syaqila, allahyarhamah tunangnya. Air mata mula berlinang di pipinya Nabil terduduk di atas katilnya. Semua yang berlaku bagaikan satu mimpi. Namun ia benar-benar terjadi. Nabil memandang telefon bimbitnya. Kali ini dia bertekad. Dia akan mengirim pesanan ringkas (sms) kepada pemanggilnya tadi. Nabil ingin mendapatkan kepastian daripadanya.

 

"Hi, I called u tadi. I, Nabil. U, Sarah? Sarah Syaqila?"

Tidak sampai pun seminit, telefon bimbit Nabil membunyikan isyarat bahawa dia telah menerima satu pesanan ringkas. Nabil bingkas membacanya.

 

"So, u Nabil, ahh? Nama I memang Sarah, tapi Sarah Bte Sulaiman. Siapa Sarah Syaqila?

 

Ingin tahu siapa Sarah Syaqila? Bacalah buku 'HP' untuk cerita selajutnya..


RONA | ANTOLOGI CERPEN

  • ISHAK LATIFF

  • 202

  • ​$15.00​

​

RONA.jpg

Hidup ini penuh Rona.....

.

terkadang berkilau, ada yang menyilaukan,

 

di layar kehidupan yang padat bercorak.

 

Hitam atau putih secebis riwayat,

 

justeru adalah cerminan rona sanubari,

 

naluri dan hati sang penghayat.

 

Kebetulan dan kebobrokan akan terpalit

 

di lukisan kehidupan yang onar beragi.

 

Bersihkan ronamu,

wangikan warnamu agar terlukis lembaran hidup yang berjiwa lagi bermaya.


​SAGA | ANTOLOGI CERPEN

  • ISHAK LATIFF

  • 2019

  • ​$15.00​

​

SAGA.png

Hidup ini selingkar SAGA…

​

yang berlegar dan berpusar di buana yang bagaikan fatamorgana.

 

Ada yang tersasar, â€‹ada yang terbiar,

 

terkapar-kapar di dalam jagat yang menggugat.

 

Warnai kehidupan dengan keimanan

​

dan ketakwaan agar bahtera jiwa tenang belayar

 

di samudera impian.

 

Gejolak rasa harus dilapik wangian istima

​

agar terhindar segala kebobrokan.

 

Manusia, kita ini fana,

​

​menjadi abdi kepada yang abadi,

 

​Insafi diri, imani hati,

 

​istanggi budi, awasi naluri, halusi peribadi...

 

​agar kehidupan penuh izzah dan nirmala.

bottom of page